JOHOR BAHRU, 17 April : Kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya tidak tergugat dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk tidak meneruskan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) selepas 31 Julai ini.