Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

412, 026 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 April : Sebanyak 412,026 kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun atau 11.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,412,867 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 39.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,873,414 individu atau 92.4 peratus telah menerima vaksinasi lengkap manakala 2,974,984 individu atau 95.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi populasi dewasa pula, sebanyak 15,974,034 individu atau 67.9 peratus telah menerima suntikan dos penggalak manakala 22,960,906 atau 97.6 peratus telah lengkap menerima dua dos vaksin dan 23,238,026 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sebanyak 60,184 dos vaksin COVID-19 harian telah diberikan semalam melibatkan 11,268 dos pertama, 45,359 dos kedua dan 3,557 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,633,398.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 12 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dengan Kedah mencatat jumlah tertinggi iaitu empat kes diikuti Pulau Pinang dengan tiga kes, Sarawak (dua kes) dan satu kes masing-masing di Melaka, Perak dan Selangor. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan