Terkini
KUALA LUMPUR, 6 Jun: Seorang penganggur didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghalang tugas anggota polis ketika ditahan semasa pemeriksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lima tahun lepas.
SARIKEI, 6 Jun: Majlis Daerah Sarikei (MDS) akan menganjurkan Program Car Free Morning pada 14 Jun ini di pekarangan MDS dari jam 6:00 hingga 10:00 pagi.
SHAH ALAM, 6 Jun: Satu sindiket pengedaran dadah pelbagai jenis berjaya ditumpaskan menerusi Ops Alstonia hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Kontinjen Selangor.
KUALA LUMPUR, 6 Jun: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan kemampuan selaku pilihan kedua apabila bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Indonesia 2025 di Jakarta hari ini.
JAKARTA, 6 Jun: Umat Islam di Indonesia menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini, iaitu sehari lebih awal berbanding negara jiran seperti Malaysia dan Singapura.