Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perniagaan

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membanteras penjualan pakaian berjenama tiruan melalui transaksi dalam talian melalui satu operasi yang dijalankan di sebuah kediaman di Taman Cheras Jaya di Balakong, Selangor pada Selasa lepas.

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka akan membina sebuah Kompleks Sukan Jasin dengan kos bernilai RM10 juta yang dijangka bermula awal tahun depan, kata Exco Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah kemudahan i-Sinar akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan dalam tempoh yang amat mencabar ini, menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

KUALA LUMPUR: Perniagaan kini mempercepatkan peralihan ke teknologi digital, didorong oleh pandemik COVID-19, mereka perlu memastikan proses peralihan itu berterusan semasa tempoh pemulihan dan pasca-COVID-19 kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang dengan mencatatkan peningkatan semula sebanyak tiga mata peratusan kepada 6.1 peratus tahun ke tahun pada 2022.

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan melanjutkan sewaannya Menara 3 Petronas dan Menara Berkembar Petronas daripada KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC REIT) untuk tempoh 15 tahun lagi selepas tempoh semasa sewaannya masing-masing berakhir pada 14 Disember, 2026 dan 30 September, 2027.