Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

SEOUL, 1 Jan: Pasukan pembelaan Presiden Yoon Suk Yeol memfailkan injunksi pada Selasa untuk menggantung pelaksanaan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap presiden yang didakwa atas pengisytiharan undang-undang tentera, menyifatkan waran itu “menyalahi undang-undang,” lapor agensi berita Yonhap.

SAN FRANCISCO, 1 Jan: Sebuah penerbangan Hawaiian Airlines menuju Honolulu dari Seattle terpaksa berpatah balik sejurus sebaik berlepas pada Isnin kerana kru melaporkan terdapat asap di dalam kokpit pesawat Airbus A330, lapor Xinhua yang memetik The Seattle Times pada Selasa.

SEOUL, 1 Jan: Penyiasat nahas penerbangan Jeju Air yang meragut 179 nyawa, kejadian paling buruk dalam sejarah penerbangan Korea Selatan, berjaya mengekstrak data awal daripada salah satu kotak hitam pesawat Boeing 737-800 tersebut, kata seorang pegawai pada Rabu.

GAZA, 31 Dis: Ratusan khemah di kem pelarian di pelbagai lokasi di Semenanjung Gaza ditenggelami banjir malam tadi dan awal pagi Selasa akibat hujan lebat, yang memburukkan lagi penderitaan keluarga yang hidup dalam keadaan daif susulan pengeboman berterusan oleh tentera Israel, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

WELLINGTON, 31 Dis: Kerajaan New Zealand akan menyediakan kit vape atau rokok elektronik secara percuma kepada orang dewasa di negara itu yang ingin berhenti merokok mulai minggu depan, lapor Xinhua.

Paling Popular

No results found.