KUCHING, 28 Julai : Filem Thor : Love and Thunder secara rasmi tidak akan ditayangkan di pawagam di negara ini, menurut Disney Malaysia.
Sebelum ini, filem berkenaan telah dua kali ditunda tarikh tayangan asal iaitu pada 4 dan 21 Julai lepas.
Setakat ini, Disney Malaysia tidak menjelaskan punca keputusan itu.
Menyusul pengumuman itu, Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGVÂ Cinemas hari ini memuat naik kenyataan mengenai pembatalan berkenaan di laman sosial masing – masing.
Dalam kenyataannya, GSC turut memohon maaf kepada pelanggannya.
Filem itu dilakonkan oleh aktor terkenal Hollywood termasuklah Chris Hemsworth, Natalie Potman dan Christian Bale.
Media tempatan sebelum ini melaporkan, filem itu mengandungi elemen yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara ini. -TVS