Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lapan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki Sarawak berhampiran Kampung Stass, Serikin, diusir oleh pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) pagi tadi.

Lapan PATI cuba masuk Sarawak diusir tentera

KUCHING, 22 Julai : Lapan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memasuki Sarawak menerusi laluan ‘haram’ berhampiran Kampung Stass, Serikin, diusir oleh pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) pagi tadi.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi tadi, sepasukan anggota Briged Ketiga Infantri yang sedang melakukan rondaan di situ terserempak kumpulan berkenaan.

Mereka dikesan berada dalam keadaan mencurigakan pada jarak kira – kira 100 meter dari sempadan Indonesia.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka terdiri daripada warga Indonesia yang berusia sekitar 23 hingga 45 tahun yang tidak memiliki dokumen rentas sempadan yang sah,”kata markas berkenaan menerusi kenyataan media.

Pasukan Tentera Darat Malaysia berjaya mengusir lapan PATI yang cuba memasuki Sarawak melalui laluan haram pagi tadi.

Jelas Divisyen Pertama Infrantri, tiada barangan terlarang yang ditemui selain pakaian dan barangan peribadi melibatkan wang tunai mata wang Indonesia yang yang bersamaan RM802 dan tujuh buah telefon bimbit.

“Keseluruhan barangan itu dianggarkan berjumlah RM5,792.

“Tindakan susulan diambil dengan mengusir mereka ke Indonesia pada pukul 12.40 tengah hari setelah laporan dibuat di Balai Polis Bau,” jelas kenyataan itu lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan