Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah bot yang tersadai dipercayai digunakan bagi membawa 60 pendatang asing tanpa izin pulang ke negara jiran di Bagan Sungai Tiang Darat, Selekoh dekat Ipoh, hari ini. Foto PDRM

60 PATI ditahan sembunyi dalam kebun kelapa sawit

IPOH, 28 Dis: Polis memberkas 60 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah kebun kelapa sawit di Bagan Sungai Tiang Darat, Selekoh dekat sini hari ini dipercayai sedang bersembunyi apabila bot dinaiki mereka rosak.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kumpulan PATI berkenaan ditahan selepas pihaknya menerima laporan orang ramai kira-kira pukul 3.45 pagi yang mendakwa melihat sebuah bot dalam keadaan mencurigakan dan terkandas dengan muatan dipercayai warga asing.

Ujarnya, pasukan dari Balai Polis Rungkup bersama Batalion 3 Pasukan Gerakan Am Bidor dan Pasukan Polis Marin Kampung Acheh telah digerakkan ke lokasi dan membuat pemeriksaan sebelum mendapati bot itu telah kosong.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran kemudiannya menemui 40 lelaki dan 20 wanita dewasa berusia 20 hingga 64 tahun disyaki warga Indonesia.

“Bot itu dipercayai dalam perjalanan ke Tanjung Balai, Indonesia, namun tersadai akibat kerosakan enjin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd Yusri menambah, susulan penangkapan PATI tersebut, pihaknya berjaya memberkas dua lelaki warga tempatan berumur 38 dan 63 tahun yang memandu dua kereta dipercayai membawa imigran haram untuk dihantar pulang ke Indonesia.

“Kesemua tangkapan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Sekyen 55E dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan