Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Siapa yang lebih hebat? Saksikan pertarungan khas Kilat Boy menentang Sapok Biki esok di Sejahtera Asia.

Pertarungan Sapok Biki vs Kilat Boy di Sejahtera Asia esok

ByElani Rosllan

KUCHING, 14 Julai : Petinju yang seorang ini, Sapok Biki sememangnya sudah menjadi legenda dalam sukan berkenaan di Malaysia.

Kejayaan memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur sehingga kini masih diingati oleh jutaan rakyat negara ini.

Sapok, 48, yang merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Mejar sebenarnya masih meneruskan cintanya terhadap sukan berkenaan apabila membimbing petinju muda Sarawak dengan bergelar jurulatih.

Sementara itu, Daeloniel McDelon atau dikenali sebagai ‘Kilat Boy’ pula merupakan petinju muda yang sedang meningkat naik dalam sukan berkenaan.

Baca > > > Petinju Sarawak juara kejohanan tinju profesional di Pakistan

Bulan lepas, di Pakistan, Daeloniel mencipta sensasi apabila menewaskan petinju tuan rumah, Sikender Abbasi menerusi pukulan technical knock out (TKO).

Dua minggu selepas itu, petinju berusia 23 tahun yang berasal dari Sri Aman itu meneruskan rentak cemerlang apabila menang emas pada Kejohanan Tinju Perlis Golden Glove 2022.

Baca > > > Kilat Boy Sarawak juara Tinju Perlis Golden Glove, tewaskan petinju kebangsaan

Kilat Boy diramal akan menjadi petinju ‘masa hadapan’ negara sekiranya dia berjaya mengekalkan prestasi cemerlangnya ketika ini.

Namun pernahkah anda terfikir bagaimana sekiranya kedua-dua petinju kebanggaan Sarawak ini beradu kekuatan di tengah gelanggang?

Siapa yang akan menang?

Program bual bicara TVS, Sejahtera Asia yang akan bersiaran esok mengambil peluang untuk menemukan dua petinju daripada zaman berbeza ini dalam pertarungan khas.

Daeloniel berkata, dia berasa sangat teruja apabila peluang itu diberikan kepadanya.

“Saya berasa amat teruja dapat berkongsi gelanggang dengan Sapok Biki.

“Sebelum ini, saya hanya berlatih dan membuat ‘padding session’ dengan beliau,” kata Daeloniel ketika dihubungi TVS.

Sementara itu, pengacara Sejahtera Asia, Ghaz Zawawi berkata, dia juga teruja untuk mengendalikan rancangan esok yang menampilkan dua figura hebat itu.

“Kedua-duanya belum pernah lagi bersaing sesama sendiri.

“Jadi saya fikir mengapa tidak jika kita gandingkan mereka, khas untuk penonton Sejahtera Asia,” menurutnya.

Program bual bicara TVS, Sejahtera Asia yang akan bersiaran esok mengambil peluang untuk menemukan dua petinju daripada zaman berbeza ini dalam pertarungan khas.

Bagi mengetahui siapa yang akan memenangi pertarungan berkenaan, jangan lupa saksikan Sejahtera Asia esok (15 Julai) pukul 7.45 pagi hanya di TVS saluran 122 Astro dan myFreeview. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan