KUCHING: Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan edisi ke-4 Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), bagi membantu rakyat negeri ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam sidang medianya pagi tadi mengumumkan, tujuh langkah tambahan dalam BKSS 4.0 ini yang melibatkan perbelanjaan sekitar RM104.84 Juta.
“Ketujuh langkah tersebut adalah seperti potongan bil elektrik, diskaun bil air, diskaun sewa HDC 50 peratus untuk kediaman, bantuan RM500 sekali kepada pemandu dan pengajar pemandu E-HAILING; Diskaun 50 peratus untuk sewa pasar dan gerai, pengecualian permit dan lesen, dan pengecualian untuk penyewaan SMEs di sektor runcit yang beroperasi di premis yang dimiliki oleh GLC negeri / badan berkanun,” katanya pada sidang Akhbar BKSS di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat.
Tambah Ketua Menteri, bantuan ini akan dilaksanakan selama tiga bulan, sehingga Disember depan
Untuk rekod, sejak enam bulan lalu, kerajaan GPS telah melaksanakan tiga edisi BKSS yang berjumlah RM2.55 Bilion.