Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak Teruskan BKSS Dengan 7 Langkah

ByConnie Grace

KUCHING: Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan edisi ke-4 Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), bagi membantu rakyat negeri ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam sidang medianya pagi tadi mengumumkan, tujuh langkah tambahan dalam BKSS 4.0 ini yang melibatkan perbelanjaan sekitar RM104.84 Juta.

“Ketujuh langkah tersebut adalah seperti potongan bil elektrik, diskaun bil air, diskaun sewa HDC 50 peratus untuk kediaman, bantuan RM500 sekali kepada pemandu dan pengajar pemandu E-HAILING; Diskaun 50 peratus untuk sewa pasar dan gerai, pengecualian permit dan lesen, dan pengecualian untuk penyewaan SMEs di sektor runcit yang beroperasi di premis yang dimiliki oleh GLC negeri / badan berkanun,” katanya pada sidang Akhbar BKSS di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat.

Tambah Ketua Menteri, bantuan ini akan dilaksanakan selama tiga bulan, sehingga Disember depan

Untuk rekod, sejak enam bulan lalu, kerajaan GPS telah melaksanakan tiga edisi BKSS yang berjumlah RM2.55 Bilion.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan