KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg masih belum memutuskan bilakah tarikh membubarkan Dewan Undangan Negeri, yang akan berakhir penggalnya April depan.
Katanya, beliau masih mempertimbangkan tarikh yang sesuai, apatah lagi dalam suasana COVID-19 hari ini.
Dalam pada itu beliau tidak menolak kemungkinan untuk meneruskannya, biarpun pandemik ini masih belum reda
“Untuk kami, kami masih melihat keadaan sebab kita tidak tahu bila Covid-19 akan reda. Jadi kami tertakluk kepada arahan kementerian kesihatan sama ada teruskan atau tidak. Ini adalah keadaan yang sukar bagaimanapun kami akan pertimbangkan setiap faktor,” katanya pada sidang media Akhbar BKSS di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat.
Tegasnya lagi, situasi politik di Sarawak berbeza dengan Sabah yang mengadakan pilihan raya baru-baru ini
Pada masa yang sama, beliau juga mengkaji kejayaan proses demokrasi di New Zealand, Singapura, Korea Selatan dan yang terkini Myanmar