Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Ronald Kiandee (tiga kanan) merasmikan Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SSB) di Kota Belud.

Peruntukan RM410.39 juta bangunkan sistem pengairan dan saliran di Kota Belud

ByTVS

KOTA BELUD, 12 Jun : Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM410.39 juta bagi tujuan membangunkan sistem pengairan dan saliran di Kota Belud.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr Ronald Kiandee, berkata peruntukan itu merangkumi 17 projek pembangunan untuk mengatasi masalah air di daerah tersebut.

“Dari aspek pembangunan kawasan, Kerajaan sedang giat membangunkan sistem pengairan dan saliran Kota Belud yang melibatkan kos sebanyak RM410.39 juta untuk mengatasi masalah air.

“Projek pembangunan ini merangkumi 17 projek pembangunan dan melibatkan kerja-kerja naik taraf sistem pengairan dan saliran, pembinaan tali air utama, pembinaan jalan ladang dan infrastruktur lain yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2030,” katanya.

Menurut Ronald, pembangunan infrastruktur berskala besar ini akan memberi manfaat kepada pesawah dari segi peningkatan hasil sasaran tahap sara diri (SSL) negeri Sabah kepada 60 peratus.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SSB) di sini pada hari ini.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah, Hendrus Anding, dan Pengerusi Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan), Mohd Arsad Bistari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan