Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 25 orang PATI ditahan serta rampasan dianggarkan berjumlah RM 73,643.00 dalam dua serbuan berasingan, semalam.
Seramai 25 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan serta rampasan dianggarkan berjumlah RM 73,643.00 dalam dua serbuan berasingan, semalam.

25 PATI ditahan, rampasan bernilai RM73, 643

KUCHING, 18 Mei : Seramai 25 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan serta rampasan dianggarkan berjumlah RM 73,643.00 dalam dua serbuan berasingan di daerah Lundu semalam.

Menurut Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen), anggotanya telah mengesan dua buah kenderaan dari arah Malaysia menuju ke sempadan Indonesia yang dinaiki oleh dua lelaki dan seorang wanita melalui jalan ladang kelapa sawit, Tetangga Akrab sekitar 7 kilometer dari arah sempadan sekitar pukul 3.30 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki dan satu wanita tersebut yang bertindak sebagai tekong cuba menyeludup masuk 13 lagi PATI dari Indonesia ke negara ini yang terdiri daripada 11 lelaki dan dua wanita berusia 17 hingga 73 tahun menerusi laluan yang tidak sah,” katanya menerusi kenyataan Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) hari ini.

Rampasan pula melibatkan dua buah kenderaan, wang tunai serta 11 buah telefon bimbit.

Kesemua individu tersebut bersama barangan rampasan telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu untuk tindakan lanjut.

Dalam serbuan berasingan, anggota petugas telah mengesan sembilan individu mencurigakan di kawasan ladang kelapa sawit Rimbunan Hijau sekitar 150 meter dari sempadan sekitar jam 10.30 malam.

Kesemua mereka ditahan dan hasil pemeriksaan awal mendapati mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 16 hingga 48 tahun iaitu PATI warga Indonesia yang cuba masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada barang terlarang yang dijumpai kecuali pakaian dan barangan peribadi yang disimpan di dalam beg.

Susulan itu, laporan polis dibuat pada pukul 12.30 pagi dan kesemua PATI telah diusir di Pos Semunying. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan