Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jasa petugas barisan hadapan sentiasa dihargai

ByAdlina Rahman

KUCHING, 5 Mei: Jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan sentiasa dihargai.

Menurut Ketua Polis Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon, petugas yang terlibat wajar dihargai kerana tabah menghadapi pelbagai cabaran dengan dedikasi yang tinggi, terutamanya mereka yang menempuhi detik bahaya dalam menjalankan tugasan yang diberikan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan COVID-19.

“Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh petugas barisan hadapan adalah mengawal serta menghadapi tingkah laku orang awam semasa tempoh awal PKP di mana orang awam masih belum faham dengan SOP yang ditetapkan pada masa itu,” katanya.

Malah, beliau menambah, terdapat segelintir petugas barisan hadapan yang hampir kehilangan nyawa ketika menjalankan tugasan di lokasi akibat dilanda ribut dan cuaca yang tidak menentu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bersama Petugas di Barisan Hadapan bertempat di Sekatan Jalan Raya Op Benteng, Jalan Bau, Serikin.

Beliau turut menyuarakan harapan agar semua petugas barisan hadapan kekal bersemangat tinggi ketika melaksanakan tugasan walaupun ketika berhadapan dengan apa jua rintangan.

Sementara itu, bantuan kecil sempena Hari Raya Aidilfitri telah diagihkan kepada petugas barisan hadapan serta orang awam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak, Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri, dan Datin Nassariah Mohd Nassir, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mancha Ata, dan lain-lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan