Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tahap keselamatan daerah Bau terkawal

ByAdlina Rahman

KUCHING, 5 Mei: Keadaan keselamatan di daerah Bau didapati terkawal setakat ini.

Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak, Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata beliau berasa sangat bangga dan berpuas hati dengan kejayaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau dalam mengawal kadar jenayah di Bau.

Menurut beliau, pengorbanan pihak yang terlibat amat penting dalam menjaga keselamatan setempat dan patut dihargai.

“Majlis ramah tamah ini amat bermakna bagi semua para pegawai dan petugas barisan hadapan yang telah bertugas dengan begitu cemerlang sepanjang tempoh COVID-19 yang melanda lebih kurang selama dua tahun ini,” katanya.

“Saya pasti bahawa para barisan hadapan telah berada pada satu tahap membanggakan di mana tidak semua orang mempunyai pengalaman seperti yang tuan-tuan dan puan-puan lalui.”

Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak, Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri, menghulurkan agihan sempena Aidilfitri kepada petugas barisan hadapan.

Beliau turut menzahirkan keinginan untuk melihat agar semangat muhibah dan harmoni yang terbentuk dalam kalangan petugas barisan hadapan dikekalkan.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan harapan agar hubungan antara petugas barisan hadapan, yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, dapat dipertingkatkan lagi melalui majlis ramah tamah tersebut.

Kes jenayah indeks di daerah Bau mencatatkan peningkatan bagi tempoh antara Januari hingga Mac 022, berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Menurut Ketua Polis Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon, IPD Bau mencatatkan sebanyak 11 kes jenayah indeks dari Januari hingga Mac 2022 berbanding empat kes dalam tempoh yang sama pada 2021. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan