Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Masjid Darul Khairat beri nafas baharu kepada penduduk Bakam

MIRI, 22 April : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Masjid Darul Khairat di sini hari ini.

Masjid yang bernilai RM 6.74 juta dengan keluasan 3.4 ekar itu mampu menampung seramai 1,150 jemaah pada satu-satu masa.

Sempena majlis perasmian itu, Abang Johari bersama dengan lebih 100 jemaah turut menyertai majlis bacaan doa selamat.

Sementara itu, turut berlangsung majlis penyerahan sumbangan sebanyak RM25 000 oleh Abang Johari kepada masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir.

Terdahulu, Premier Sarawak itu menyertai majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah di Pusat Falak yang dihadiri lebih 200 penduduk sekitar.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah 1, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan II, Dr Ripin Lamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan