Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Gagal seludup minyak masak ke Filipina

SEMPORNA, 22 April : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Semporna merampas 1070 paket minyak masak bernilai RM2,675 yang cuba diseludup keluar ke Filipina, semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, pihaknya mengesan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan kira-kira 0.5 batu nautika barat Kampung Labuan Haji jam 1.15 pagi tadi.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran bot penguatkuasa, suspek bertindak mengemudi bot ke kawasan lebih cetek dan terjun melarikan diri ke daratan berhampiran.

“Pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan suspek menemukan kesemua minyak masak berkenaan dan siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot serta dalang di sebalik kegiatan itu,”katanya dalam kenyataan.

Kes jelasnya, disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cubaan menyeludup keluar minyak masak tanpa cukai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan