Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak santuni OKU penglihatan, perkasa pembacaan Al-Quran

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 22 April : Kerajaan Sarawak berusaha menyantuni golongan cacat penglihatan Islam di negeri ini menerusi penyerahan sumbangan Al-Quran.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, sumbangan ini diharap dapat memberi manfaat besar kepada golongan penerima.

“Program ini juga bermatlamat untuk mendekatkan Al-Quran dengan semua lapisan masyarakat di negeri ini, bukan hanya kepada yang sempurna sifatnya malah kepada mereka yang kurang sifat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Penyerahan Al-Quran Braille Tafsir Pimpinan Arrahman kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan Islam Sarawak dan majlis berbuka puasa di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Juanda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng menyeru kepada masyarakat Islam di Sarawak untuk sama-sama mengambil kesempatan pada minggu akhir Ramadan tahun ini untuk khatam kitab suci berkenaan.

Habib Hamdan pelajar Persatuan Orang Buta Sarawak ketika melantunkan bacaan ayat Al-Quran

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Huffaz Malaysia Hairulfazli Mohammad Som berkata, usaha murni itu juga turut menerima sumbangan daripada beberapa syarikat dan agensi lain di negeri ini.

“Kita menerima sumbangan daripada bank, badan korporat dan syarikat-syarikat persendirian yang menyumbang dana yang agak besar.

“Oleh itu pada hari ini kami telah menyerahkan lebih 20 set Al Quran untuk golongan cacat penglihatan yang setiap satu set berharga RM1,000,” katanya.

Hairulfazli berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa masih ramai golongan cacat penglihatan di negeri ini tidak memiliki Al-Quran.

“Mudah-mudahan dengan majlis sumbangan seperti ini, pada masa hadapan, akan ada lebih ramai lagi yang tampil untuk menyumbang bagi keperluan mereka,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan