Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis kesan lelaki paksa mangsa potong jari sendiri, pukul dengan rantai besi Polis IPD Klang Selatan

Potong jari kelingking sebelum dibelasah guna rantai besi, Polis cari Chong

ByNurul Amarlina

KUCHING, 12 April: Seorang lelaki yang terlibat dalam kejadian video tular mangsa dipukul dengan rantai besi dan dipaksa memotong jari di Klang, Selangor, kini sedang dikesan oleh polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, sebuah video tular di Facebook telah memaparkan suspek yang dikenal pasti sebagai Chong Guang Ming, 47, memaksa seorang lelaki untuk memotong jari sendiri dan memukulnya menggunakan rantai besi.

Katanya, pada 13 November lepas, semasa mangsa bertengkar mulut dengan suspek, suspek telah menampar mangsa sebanyak dua kali dan mencabar mangsa untuk memotong jarinya jika mangsa tidak mempunyai apa-apa kaitan tentang kematian teman wanita mangsa.

“Bagi membuktikan kebenarannya, mangsa telah mengambil sebilah pisau dan memotong jari kelingking sebelah kiri, lalu pengsan dan dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Pada masa itu, mangsa tidak membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Menurutnya lagi, pada 10 April, suspek yang sama telah datang ke rumah majikan mangsa dan telah menunjukkan rasa tidak puas hari terhadap mangsa atas kematian teman wanita mangsa.

Suspek telah mengambil seutas rantai besi dan memukul mangsa beberapa kali di bahagian belakang badan, kepala, tangan kiri dan bahagian kaki mangsa. 

“Kedua-dua kejadian tersebut telah dirakam oleh suspek menggunakan telefon bimbit suspek,” jelasnya.

Susulan daripada itu, polis sedang berusaha untuk mengesan dan menangkap Chong di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata.

Selain itu, berkaitan video yang tular, kes itu juga di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menerbitkan video dalam media sosial dengan niat hendak mengapikan mana-mana golongan atau kaum untuk melakukan sesuatu kesalahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan