Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Reman OKT kes Eric disambung hingga 31 Mac
Reman OKT kes Eric disambung hingga 31 Mac

Eric: Reman OKT disambung hingga 31 Mac

ByTVS

KUCHING, 24 Mac: Tahanan reman terhadap pasangan pengasuh bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak lelaki, Eric Chang disambung hingga 31 Mac ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, ketika ini dua orang kena tahan (OKT) berkenaan direman di Lokap Polis Tabuan Jaya.

Sebelum ini, Eric Chang yang berusia empat tahun dilaporkan hilang pada 7 Mac lalu di rumah pengasuhnya di Taman Riverview, Bintawa dan laporan dibuat oleh keluarganya pada hari sama.

Susulan itu, polis menahan empat individu iaitu pasangan penjaga serta ibu dan ayah Eric.

Semakan mendapati, kesemua mereka positif dadah selain memiliki 17 rekod jenayah lampau.

Ibu dan bapanya kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Siasatan kes berkenaan pada mulanya dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak – Kanak 2001 namun polis mengklasifikasi semula siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis bersama beberapa agensi penguatkuasa lain kemudian melancarkan operasi mencari di sekitar Sungai Muara Tebas untuk mencari petunjuk baharu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Bagaimanapun, selepas tujuh hari, operasi ditamatkan sepenuhnya tanpa sebarang penemuan.

Ahsmon berkata, polis akan menggunakan bukti saintifik bagi meneruskan proses siasatan. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan