Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TAWAU, 20 Mac (Bernama) -- Parti Warisan (Warisan) menyokong agar jumlah kerusi parlimen untuk Sabah dan Sarawak ditambah menjadi satu pertiga atau lebih 70 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
TAWAU, 20 Mac (Bernama) -- Parti Warisan (Warisan) menyokong agar jumlah kerusi parlimen untuk Sabah dan Sarawak ditambah menjadi satu pertiga atau lebih 70 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Jangan layan tuntutan Sulu dan Filipina – Shafie Apdal

KOTA KINABALU, 23 Mac: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berpandangan Sabah merupakan sebuah negeri yang merdeka dan menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebarang tuntutan yang dibuat oleh Manila atau pihak yang mendakwa mereka mempunyai kaitan dengan Kesultanan Sulu, tidak harus dilayan.

Tegas Mohd. Shafie, pihak – pihak yang menuntut Sabah juga tidak mempunyai hak undang – undang untuk membuat tuntutan ke atas Sabah.

“Oleh itu, Putrajaya dan Wisma Putra harus mengambil langkah proaktif untuk selesaikan isu ini dan jangan membiarkannya,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mohd. Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah berkata demikian sebagai mengulas keputusan mahkamah timbang tara di Perancis yang mengarahkan Malaysia untuk membayar sekurang-kurangnya AS$14.92 bilion (RM62.6 bilion) kepada pewaris Sultan Sulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata, kerajaan kekal dengan pendirian Sabah sudah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia sejak 16 September 1963 dan oleh itu, Malaysia tidak akan melayan tuntutan daripada mana – mana pihak berkaitan Sabah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan