Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Terima kasih Kerajaan Sarawak – Konsul Jeneral China

KUCHING, 23 Mac: Konsul Jeneral China di Sarawak, Cheng Guang Zhong yang akan menamatkan tugasnya di negeri ini, menzahirkan penghargaaan kepada Kerajaan Sarawak di atas kerjasama terbaik yang diberikan kepada beliau.

Guang Zhong berkata, beliau berharap hubungan baik di antara China dan Sarawak akan dapat dikekalkan pada masa hadapan.

“Ini kerana hubungan baik yang terjalin memanfaatkan rakyat menerusi kerjasama pelbagai bidang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Guang Zhong melakukan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediaman rasmi di Demak Jaya di sini hari ini.

Guang Zhong mula bertugas di Sarawak pada 2018 dan difahamkan beliau akan bersara pada bulan depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan