Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak kaji prestasi sebelumkan sediakan dana.
Sarawak kaji prestasi sebelumkan sediakan dana.

SSLR dan LPB : Sarawak akan nilai prestasi sebelum sediakan dana

Kredit Gambar, Pejabat Premier Sarawak

GEDONG, 5 Mac : Kerajaan Sarawak bersedia untuk menyediakan dana bagi projek infrastruktur Lebuh Raya Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) dan Trans Borneo namun beberapa penelitian akan dilakukan terlebih dahulu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara yang akan dilakukan termasuk menilai prestasi projek berkenaan.

” Kita lihat keadaan, sekiranya prestasinya berjalan baik, tentu kita akan sumbangkan (dana) juga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Sarawak X-tive di sini hari ini.

Abang Johari berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung perlaksanaan beberapa projek kesejahteraan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak.

Ismail Sabri semalam berkata, kabinet bersetuju melaksanakan projek Laluan Lingkaran Aliran Transit Massa 3 (MRT3) serta menambah baik pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah Sarawak dan projek tebatan banjir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan