Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Geng Kong pecah rumah, kedai dobi dan kilang di Kuching tumpas

ByIsma Haziq

Gambar oleh Nurul Husna Mohd Hysham

KUCHING, 4 Mac: Selepas tiga bulan ‘bermaharajalela’ dengan melakukan kegiatan jenayah pecah premis perniagaan dan industri, kumpulan samun Geng Kong akhirnya ‘masuk perangkap’ polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, menerusi operasi khas yang dilancarkan kelmarin, pihaknya berjaya memberkas empat ahli kumpulan itu.

Katanya, kumpulan berkenaan ‘dibimbing’ oleh seorang remaja berusia 20 tahun dikenali sebagai Kong yang bertindak selaku ketua dan merancang kegiatan jenayah serta memberi arahan kepada tiga ahlinya termasuk seorang warga emas berusia 63 tahun, lelaki berusia 21 tahun dan anggota termuda yang merupakan remaja berusia 15 tahun.

“Siasatan awal mendapati kumpulan ini terlibat dengan tujuh kes pecah kedai dobi layan diri di sekitar pusat bandar.

Mereka melakukan kegiatan jenayah berkenaan pada pukul 2 hingga 5 pagi dengan menunggang motosikal dan menggunakan pencucuh api khas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Menurutnya semakan mendapati Kong yang positif dadah dan ‘warga emas’ yang menjadi ahli kumpulannya itu masing – masing mempunyai lima rekod jenayah lampau.

“Suspek berusia 21 tahun itu mempunyai dua rekod lampau,” katanya.

Ahsmon memberitahu, berikutan penahanan keempat – empat suspek, polis percaya dapat menyelesaikan 13 kes jenayah.

Katanya, polis juga telah merampas pelbagai barang kes antaranya tiga buah motosikal, topi keledar serta beberapa peralatan seperti sarung tangan, pemotong, parang, pisau lipat dan wayar yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah mereka.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan