KUCHING, 3 Mac: Sarawak hari ini merekodkan satu lagi kematian di Sibu akibat jangkitan COVID-19.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kematian itu membabitkan seorang lelaki berusia 35 tahun yang mempunyai penyakit paru – paru obstruktif kronik dan jenazah telah dibawa ke Hospital Sibu pada 23 Februari 2022.
Sementara itu, kes positif baharu yang dilaporkan hari ini mencatatkan penurunan kepada 1,206 kes berbanding 1,357 semalam.
Ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 263,623 kes sejak dilanda pandemik.
Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 1,202 kes dalam kategori satu dan dua manakala empat kes dalam kategori tiga, empat dan lima.
Kuching terus mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 450 kes, diikuti Sibu (188), Miri (166), dan Bintulu (75) kes. – TVS

