Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
YDP Agong di Taman Tasik Perdana
YDP Agong di Taman Tasik Perdana

Seri Paduka berangkat lawat Taman Tasik Perdana selepas 52 tahun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Feb : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam berangkat melawat Taman Tasik Perdana di sini untuk beriadah bersama cucunda baginda berdua, Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar Ahmad. 

Menurut catatan di akaun Facebook Istana Negara, lawatan selama dua jam itu amat bermakna buat Al-Sultan Abdullah kerana ia mengimbau kembali detik nostalgia baginda.  

“Ini adalah kerana kali terakhir Seri Paduka berangkat melawat Taman Tasik Perdana ialah ketika baginda berusia 11 tahun iaitu pada 1970,” menurut catatan itu.

https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial/posts/489179142657492

Menurut Istana Negara, keberangkatan tiba Seri Paduka berdua ke Taman Tasik Perdana pada 5 petang disambut Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah. 

Seri Paduka berdua turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama pengunjung-pengunjung di Taman Tasik Perdana. 

Catatan itu turut memaparkan 14 keping gambar Seri Paduka berdua bersama Tengku Zayn Edin Shah di pelbagai lokasi di Taman Tasik Perdana. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan