FLORIDA, 1 Feb : Seorang penduduk Florida terjaga apabila terdengar bunyi terjatuh, dan menjumpai beberapa ekor iguana beku di halaman rumahnya ketika suhu sejuk berlaku pada Ahad.
“Suhu di selatan Florida mencecah paras rendah 25 darjah Fahrenheit pada pagi Ahad,” kata Agensi Perkhidmatan Cuaca Negara (NWS).
Beberapa iguana terbaring dan tidak bergerak selepas diletakkan di bawah matahari oleh Stacy Lopiano-Kopsaftis dan suaminya.
“Iguana yang sangat sejuk ini senang dialihkan ke bawah matahari. Warnanya kembali dengan cepat sebaik sahaja ia mendapat cahaya matahari.” ujarnya lagi.
NWS Amerika Syarikat memberi amaran kepada orang ramai tentang iguana yang jatuh daripada pokok akibat penurunan suhu cuaca. – TVS