Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KOTA SAMARAHAN
KOTA SAMARAHAN, 22 Jan -- Panglima Tentera Darat Tan Sri Zamrose Mohd Zain (kiri) memakaikan pangkat kepada Pegawai Kadet Palapes Leftenan Muda Mohd Razalie Bundah (tengah) daripada Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada majlis Lafaz Pengisytiharan Pentauliahan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Palapes Darat Universiti Awam ke-39 bagi Zon Sarawak dan Sabah hari ini. Turut sama Panglima Medan Timur Tentera Darat Datuk Mardzuki Muhammad (kanan). -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tentera ketagih judi punca bertindak di luar kawalan – Panglima

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 22 Jan: Panglima Tentera Darat berkata, ketagihan berjudi dalam talian antara punca anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertindak di luar kawalan sehingga ada yang mengorbankan nyawa.

Menurut Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain, kajian yang dijalankan Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendapati kesihatan mental anggota mereka terganggu berikutan masalah kewangan yang berpunca ketagihan bermain judi dalam talian.

” Dua punca duit anggota (tentera) habis, satunya ialah berjudi dalam talian dan satu lagi ialah penyalahgunaan dadah.

Ini punca utama yang membuatkan anggota selalu melakukan perkara pelik-pelik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Lafaz Pengisytiharan Pentauliahan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Palapes Darat Universiti Awam di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini hari ini.

Pada Ogos lepas, negara digemparkan dengan dua kes tembakan melibatkan anggota ATM iaitu empat anggota TUDM maut dalam insiden di Kem Kota Samarahan.

Sementara itu, seorang anggota TDM bertindak menembak diri sendiri selepas menembak mentuanya dalam kejadian Kampung Kolong 1, Sungai Tengah, Jalan Matang, Kuching.

Ditanya tentang kaedah ATM untuk mengatasi masalah membimbangkan yang melanda anggotanya, Zamrose berkata, antara langkah diambil termasuklah mengadakan sesi kaunseling sepanjang tahun.

” Satu perkara yang boleh mengurangkan masalah itu ialah tahap keimanan setiap anggota.

Tidak kisah apa pegangan agama mereka, kalau pegangan (agama) kuat, pasti boleh kawal diri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan