Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perkhidmatan bas ekspres Sibu – Kapit mulakan operasi hari ini

SIBU, 1 Jan : Dua syarikat bas tempatan iaitu Lanang Road Bus Company Berhad dan Rejang Transport Sdn. Bhd. hari ini memulakan operasi bas ekspres bagi laluan Sibu – Song – Kapit sempena kedatangan tahun baharu.

Pengurus bagi kedua – dua syarikat berkenaan, Chua Huat berkata, mereka mengambil keputusan untuk menawarkan perkhidmatan berkenaan berikutan keadaan jalan raya yang menghubungkan lokasi – lokasi itu kini sesuai untuk perjalanan bas ekspres.

Ujarnya, sebagai permulaan, dua buah bas ekpres akan beroperasi untuk membawa penumpang ke destinasi masing – masing.

“ Syarikat kami sangat berbesar hati kerana dapat memudahkan urusan orang ramai yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi ke kawasan -kawasan ini,” katanya kepada TVS di sini hari ini.

Katanya, kadar tiket yang dikenakan ialah berpatutan iaitu RM22 bagi setiap penumpang untuk perjalanan sehala.

Tiket bas pertama yang dikeluarkan untuk laluan Kapit ke Sibu hari ini.

“Jadual perjalanan harian bermula pada pukul 7 pagi, 11 pagi dan 3 petang untuk kedua-dua sektor berkenaan,” katanya.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) pula, Chua Huat memberitahu, pihaknya mewajibkan setiap penumpang memakai pelitup muka sepanjang perjalanan.

Katanya, syarikat berkenaan juga bercadang untuk menawarkan perkhidmatan bas ekspres bagi laluan Kapit ke Bintulu dan Mukah selepas ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan