AMMAN, 1 Jan — Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata beliau optimis bahawa pandemik COVID-19 akan dapat diatasi pada 2022, dengan syarat negara bekerjasama untuk membendung penularannya.
Dr Tedros Adhanom Ghebreyesu memberi amaran terhadap “nasionalisme sempit dan penimbunan vaksin” dalam satu kenyataan tahun baharu, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Komennya dibuat dua tahun sejak WHO pertama kali dimaklumkan mengenai kes-kes jangkitan radang paru-paru yang tidak diketahui di China.
Kes COVID-19 global kini berjumlah 287 juta, manakala hampir 5.5 juta orang telah meninggal dunia.



