Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 29 Mac -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berucap semasa majlis pelancaran hasil karya sulungnya yang bertajuk 365 Hari Aspirasi dan Cabaran Mohd Zuki Ali hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Penjawat awam perlu sentiasa proaktif dan responsif – Mohd Zuki

PUTRAJAYA, 1 Jan : Anggota perkhidmatan awam digesa sentiasa proaktif dan responsif terhadap keperluan semasa rakyat dan negara, di samping sentiasa teguh dalam menggalas amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata kerjasama kukuh, kesefahaman yang jitu dan sokongan rentas agensi dengan mengetepikan kepentingan individu serta ego, adalah ramuan utama kejayaan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.

“Tahun 2022 bakal menjanjikan sekali lagi sinar harapan yang gemilang buat kita semua dan memperbaiki apa jua kelemahan serta kekurangan yang kita ada,” katanya dalam perutusan Amanat Tahun Baharu 2022 yang dipaparkan di Facebooknya.

“Kita panjatkan setinggi doa ke hadrat Ilahi semoga ekonomi negara yang sebelumnya goyah, kembali teguh dan gagah. Alhamdulillah, kita kemudiannya telah bersama-sama bersepakat dalam satu sinergi mantap untuk mengimbangi antara kepentingan nyawa serta kelangsungan hidup rakyat dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Ekonomi yang komprehensif dan inklusif,” tambahnya.

Menurutnya ia merangkumi lapan pakej rangsangan, antaranya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita PRIHATIN yang dianggar berjumlah lebih RM530 bilion, khusus untuk membantu kelangsungan perniagaan serta kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata Program Imunisasi COVID- 19 Kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan memastikan setiap rakyat mendapat akses kepada vaksinasi bagi usaha menjamin keselamatan diri rakyat dari penularan berterusan wabak COVID-19 dalam negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan