Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pokok Krismas gergasi meriahkan suasana perayaan di Bau

BAU, 22 Dis : Kehadiran pokok Krismas gergasi di tengah pekan ini menjadi tarikan baharu menjelang sambutan perayaan Krismas pada Sabtu ini.

Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam berkata, kos untuk menyediakan pokok gergasi itu merupakan hasil sumbangan pelbagai pihak yang prihatin dengan nasib masyarakat yang masih terbelenggu akibat pandemik COVID-19.

Katanya, sejak dekorasi pokok Krismas berkenaan siap, ia telah menjadi tumpuan kepada masyarakat setempat untuk bergambar.

“ Mood Krismas di daerah ini semakin meriah dengan pelbagai hiasan menarik berkaitan Krismas disediakan termasuklah pokok gergasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi TVS.

Pokok Krismas gergasi di pekan Bau
Pokok Krismas gergasi di pekan Bau

Ujar Anielia, selain Krismas, Majlis Daerah Bau juga bakal merayakan satu lagi hari bersejarah iaitu sambutan ulang tahunnya yang ke -65.

“Oleh itu, bersempena dengan sambutan tersebut, Majlis Daerah telah membuat persediaan dan perancangan supaya sambutan dapat dirasai oleh semua warga Bau,” ujarnya lagi.

Gambar sempena perasmian pokok Krismas pada Ahad (19 Disember)

Satu majlis ringkas untuk ‘merasmikan’ pokok Krismas berkenaan berlangsung pada Ahad lepas dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep , ADUN Serembu, Miro Simuh dan ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang.

Selain di Pekan Bau, pokok dan hiasan Krismas juga dilihat menyerikan beberapa kawasan di pekan Siniawan.

Hiasan Krismas di Pekan Siniawan

Dalam pada itu, Anielia mengingatkan orang ramai untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika menyambut perayaan Krismas ekoran kebimbangan mengenai wujudnya varian COVID-19 yang baharu, Omicron. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan