Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina pada Rabu melaporkan sebanyak 340 kecederaan akibat mercun direkodkan di seluruh negara sepanjang sambutan Krismas dan Tahun Baharu. Foto AFP

340 cedera akibat mercun sempena Krismas dan Tahun Baharu di Filipina

ByBernama

MANILA, 1 Jan: Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina pada Rabu melaporkan sebanyak 340 kecederaan akibat mercun direkodkan di seluruh negara sepanjang sambutan Krismas dan Tahun Baharu, lapor Xinhua.

DOH menyatakan jumlah keseluruhan kecederaan yang dicatatkan dari 22 Dis 2024 hingga 1 Jan 2025 adalah 34 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Menurut jabatan itu, hampir 60 peratus daripada kecederaan berpunca daripada mercun berkuasa tinggi yang diharamkan.

DOH juga memaklumkan bahawa 239 daripada mangsa adalah individu berusia 19 tahun ke bawah. Daripada keseluruhan 340 kes, 299 melibatkan lelaki dan 41 wanita. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan