Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Terjejas akibat ribut, peniaga terima bantuan khemah

ByIsma Haziq

KUCHING, 22 Dis : Hujan lebat dan angin kencang yang melanda beberapa bahagian di negeri ini pada petang Ahad lepas turut menjejaskan perusahaan lebih 65 peniaga di tapak uptown Metrocity.

Kejadian itu telah merosakkan khemah kumpulan peniaga tersebut sehinggakan mereka tidak dapat meneruskan operasi perniagaan masing-masing.

Bersimpati dengan nasib mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman, telah tampil untuk menghulurkan bantuan dengan menyumbang kanopi baharu supaya peniaga-peniaga terbabit dapat kembali berniaga secepat mungkin.

Seorang peniaga, Mohammad Azuan, berkata di sebalik ujian yang dihadapi dan kerugian yang ditanggung, dia tetap bersyukur kerana ada pihak yang prihatin.

“Saya rugi hampir RM400, tetapi bagi peniaga kecil, jumlah itu agak besar.

Menerusi bantuan kanopi pada hari ini, sekurang-kurangnya ia dapat menampung kos untuk saya membeli peralatan baharu,” katanya .

Azuan berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan bantuan berkenaan yang disampaikan oleh Fazzrudin baru-baru ini.

Seorang lagi peniaga, Nurasikin Abdullah, berkata kos kerugian yang dihadapinya mencecah RM500 akibat kejadian itu.

“Ini termasuklah kanopi, meja dan balang air. Alhamdulillah, terima kasih kepada wakil rakyat Tupong yang tampil menghulurkan bantuan,” katanya.

Nurasikin juga berharap dengan adanya bantuan ini, ia dapat memberi rezeki kepada peniaga-peniaga di pasar malam Metro City.

Sementara itu, Fazzrudin berkata, beliau berharap kumpulan peniaga di sana akan kembali bangkit untuk meneruskan perniagaan dan mencari rezeki.

“Pada masa hadapan, saya berharap kumpulan peniaga ini menjadi sebahagian daripada perancangan penting Kerajaan Sarawak yang berhasrat untuk menaik taraf tapak niaga di sini,” katanya.

Fazzrudin berkata, inisiatif itu diharapkan dapat dinikmati kumpulan peniaga terbabit dan seterusnya memacu ekonomi di kawasannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan