Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Anwar Ibrahim akui Mukah kubu kuat GPS

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 12 Dis : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Mukah merupakan kubu kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang sukar untuk ditembusi.

Anwar berkata, kekuatan yang dimiliki oleh PBB dan kini dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini telah lama terbina dan bukan baru – baru ini sahaja.

” Kita tahu Mukah kubu kuat GPS , dulu PBB di sini. Sudah lama (kuat) sejak zaman Tun Taib (Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) menjadi Ketua Menteri lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir berkempen bagi membantu Mohd Arwin Lim Abdullah iaitu calon ditampilkan PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian dan Abdul Jalil Bujang , calon DUN Balingian di sini hari ini.

Pada PRN Ke-11 lalu, PKR yang menampilkan Asini@Hasni Yahya di DUN Tellian hanya meraih 666 undi serta hilang deposit selepas kalah kepada Yussibnosh Balo yang ditampilkan parti – parti yang kini membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mendapat 5,087 undi.

PKR tidak bertanding di DUN Balingian pada PRN Ke-11 lalu.

Sementara itu, Anwar turut menjelaskan punca partinya mengurangkan kawasan yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

“Kita kena tengok dengan jelas dan betul, baca, kawasan mana yang harus pergi , kawasan mana yang lemah dan di mana harus bekerja bersungguh – sungguh,” katanya.

PKR Sarawak memutuskan untuk bertanding hanya di 27 kerusi pada PRN Ke-12 Sarawak berbanding 49 yang diumumkan sebelum ini.

Sementara itu Anwar berkata, beliau masih belum berpuas hati dengan jentera kempen parti itu ketika tempoh ‘memujuk pengundi’ masih berbaki seminggu.

” Apakah setakat ini prestasi kita cukup membanggakan? Belum lagi, jadi saya minta jentera wanita dan anak muda terus diberi ruang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan