Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KOTA SAMARAHAN, 12 Dis -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kanan) melihat Suraya Angas (kiri) yang sedang menyediakan kuih Penyaram ketika hadir pada program Komuniti Keluarga Malaysia di Warung Pak Belalang di sini, hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kempen kesedaran patuhi SOP COVID-19 perlu berterusan – Annuar Musa

KUCHING, 12 Dis : Semua agensi penyaluran maklumat di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) diminta meneruskan usaha kesedaran mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) mencegah penularan COVID-19 khususnya semasa musim pilihan raya ini.

Menteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata usaha itu tidak boleh terhenti memandangkan rakyat perlu sentiasa diingatkan mengenai peranan mereka dalam soal pematuhan SOP tanpa perlu bergantung kepada langkah penguatkuasaan semata-mata.

“Kita tidak (boleh) mengharapkan situasi yang ideal (dengan) membuat satu (SOP dan) semua orang (sentiasa) patuh. Sifat manusia perlu terus diberikan penerangan, penjelasan dan kita juga menggalakkan pemerkasaan komuniti dari segi pematuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Pusat Operasi Bernama untuk Pilihan Raya (PRN) Ke-12 Sarawak di sini hari ini.

Annuar juga berkata dalam situasi PRN ketika ini, agensi KKMM seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu sentiasa bersedia membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyalurkan penjelasan mengenai SOP yang dilaksanakan demi kepentingan orang awam.

“Rangkaian antara agensi kita sendiri untuk saling membantu (adalah penting), jadi kita boleh mendapat maklumat yang sahih dan juga apa yang penting, identiti kita adalah pantas dan tepat. Pemberitaan kena cepat tetapi cepat tidak tepat tak ada guna,” katanya. -TVS

Tags: #bm, COVID-19, sop

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan