Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SAMARAHAN, 12 Dis — Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berucap kepada para pengusaha tanaman koko pada majlis perasmian Kompleks Kluster Koko Sarawak di sini, hari ini. Turut hadir timbalannya, Datuk Willie Mongin (kiri). -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Zuraida mahu penyokong Ali Biju beri sokongan pada calon GPS

KOTA SAMARAHAN, 12 Dis  : Ahli Majlis Pimpinan Tetinggi Bersatu Datuk Zuraida Kamaruddin menyeru dan meminta semua penyokong Datuk Ali Biju di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiran untuk sama-sama memberi sokongan padu kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Friday Belik.

Menteri Perusahaan dan Perladangan dan Komoditi itu berkata, selepas berundur daripada pilihan raya berkenaan sebagai calon Bebas, Khamis lalu, Ali Biju sendiri telah meminta penyokongnya membantu Friday menang kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak pada 18 Disember ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Kluster Koko Sarawak sempena Jelajah Agrikomoditi #Keluarga Malaysia 2021 di sini, hari ini.

 Selain Friday, kerusi Krian juga ditandingi oleh calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Musa Dinggat dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Kuan Sam Sui.

Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata beliau bersedia mempertimbangkan sekiranya ada tawaran untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia yang dahulunya dikenali Parti Pekerja Sarawak.

“Saya tak ada terima apa-apa  tawaran lagi. (Kalau ada) saya belum tahu lagi, saya akan pertimbangkan, insya-Allah. Kalau tawaran daripada sesiapa pun saya akan pertimbangkan, tak boleh tolak,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Untuk rekod, pendaftaran Parti Bangsa Malaysia diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 27 Oktober lalu dan bekas Pengerusi PKR Sarawak, Larry Sng kini menjawat jawatan timbalan presden baru parti itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan