Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan sedia bawa Teater Muzikal Puteri Santubong ke peringkat antarabangsa

ByMadeline Dugat

KUCHING, 12 Dis : Pementasan Teater Muzikal Puteri Santubong berpontensi untuk diangkat ke peringkat antarabangasa bagi mempamerkan identiti, nilai-nilai kepelbagaian dan budaya unik negara ini.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kualiti pementasan yang begitu baik dipamerkan dalam teater ini yang merangkumi latar belakang identiti tempatan serta sangat sesuai untuk diketengahkan kepada dunia luar.

“Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan kerangka dasar luar Malaysia yang baharu bertemakan fokus dalam kesinambungan.

“Kementerian Luar Negeri Malaysia akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan semua agensi berkaitan bagi mewujudkan satu pembaharuan dan seterusnya membangunkan proklamasi budaya Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pementasan Teater Muzikal Puteri Santubong -The Warrior Princess di Kampung Budaya Sarawak di sini malam tadi.

Antara sebahagian babak dalam teater muzikal Puteri Santubong yang dipentaskan di Kampung Budaya, Sarawak.

Yang turut hadir, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain.

Saifuddin berkata, ketika masih menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), beliau dan Menteri MOTAC, Datuk Seri Nancy Shukri menubuhkan Majlis Pembangunan Industri Kreatif Negara yang telah mendapat kelulusan kabinet.

“Sekarang kita bersedia untuk mencari kandungan seperti dilakukan negara lain yang telah mempromosikan kandungan tempatan mereka kepada dunia luar,”katanya.

Menurut beliau, teater Puteri Santubong ini merupakan pilihan yang tepat dan kementeriannya bersedia menjadikannya sebagai projek pilot dan membawa ke pejabat kedutaan Malaysia di pelbagai negara bagi tujuan promosi.

” Justeru, ini satu permulaan yang baik untuk produksi tempatan membawa karya mereka ke pentas antarabangsa,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan