Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

GIATMARA Lawas latih 1,500 pelajar

BySalasiah Safian

LAWAS, 12 Dis : Selama 35 tahun GIATMARA beroperasi, lebih 700 kursus kemahiran berbeza secara sepenuh masa atau jangka pendek ditawarkan di seluruh negara.

Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat GIATMARA Malaysia, Mohd. Rifa’e Marican Mohd. Ali Marican berkata, setakat ini sebanyak 232 pusat latihan telah diwujudkan di seluruh negara.

“ Terdapat juga 104 kursus terkini yang ditawarkan ketika ini.

Pada masa sama, GIATMARA sentiasa meneroka bidang-bidang baharu yang selari dengan perkembangan industri negara, lebih – lebih lagi kini kita berada dalam fasa industri 4.0, oleh itu banyak industri teknologi baharu yang kita mula teroka dan telah tawarkan kepada pelajar di beberapa cawangan pusat pengajian,” katanya kepada TVS di sini semalam.

Mohd. Rifa’e Marican memberitahu, sehingga tahun ini, lebih 400,000 orang telah berjaya dilatih GIATMARA manakala lebih 300,000 berjaya menamatkan latihan masing – masing.

” Kebanyakan mereka bekerja dalam bidang yang dipelajari atau bidang – bidang yang berkaitan,” katanya.

Sementara itu, untuk Daerah Lawas, sebanyak tiga kursus ditawarkan iaitu Kursus Pendawaian Elektrik, Kursus Teknologi Automotif dan Kursus Jahitan.

“GIATMARA Lawas ini mula beroperasi pada 1993 dan alhamdulillah sehingga hari ini statistik menunjukkan seramai 1500 orang yang dah menerima manfaat latihan daripada program yang ditawarkan di sini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan