Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KLB Garden, tarikan mesra seisi keluarga di Tebedu

ByDouglas Elliot

PEJAM celik , 2021 bakal melabuhkan tirainya dan sudah pasti ibu bapa sedang sibuk memilih tempat untuk meluangkan masa bersama anak-anak. 

Sekiranya anda sedang ketandusan idea mencari tempat menarik untuk membawa anak-anak ‘bercuti’, apa kata pada hujung minggu ini bawa seisi keluarga ke KLB Garden di Tebedu.

Terletak kira-kira 90 kilometer (km) atau satu jam setengah dari pusat bandar Kuching, perjalanan ke destinasi ini semestinya dapat mengubat rindu melancong bersama keluarga.

Dibuka pada Ogos 2018, KLB Garden berteraskan konsep ladang agro dan zoo mini sebagai tarikan utama. 

UNIK… burung merak putih yang jarang dijumpai boleh dijumpai di KLB Garden.

Pengurus besarnya, Clifford Kueh berkata, KLB Garden mengetengahkan konsep ini bagi tujuan pendidikan kepada kanak-kanak.

“Fokus utama kami adalah pendidikan di luar bilik darjah. 

“Kanak-kanak kini jarang keluar dari bilik darjah atau rumah. Oleh itu, di sini , kami cuba untuk menarik minat kanak-kanak untuk merasai suasana alam semula jadi dan mempelajari tentang habitat flora dan fauna yang terdapat di Borneo,” katanya kepada TVS.

Tambah Clifford, destinasi ini menjadi tumpuan pelajar sekolah tempatan dan dari negara jiran Indonesia untuk mengadakan lawatan sebelum pandemik COVID-19 melanda. 

Antara tarikan yang terdapat di sini termasuk lebih 70 spesies haiwan seperti beruang matahari, burung merak, burung kenyalang dan haiwan jinak seperti kambing serta aktiviti riadah seperti berbasikal, berkhemah dan berperahu. 

Malahan, terdapat turut taman permainan dan kereta bumper elektrik.

AKTIVITI “pedal-boat” merupakan antara aktiviti riadah yang boleh dilakukan bersama keluarga.

Pada masa sama, KLB Garden turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat, khususnya bagi penduduk kampung di sekitar Tebedu. 

“Kami menyediakan tarikan di sini agar dapat menarik pengunjung dari Kuching, Sibu, Bintulu dan Serian untuk datang ke Tebedu dan meluangkan hujung minggu mereka bersama keluarga.

“Kami juga mempunyai lebih daripada 30 kakitangan yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan Tebedu,” ujarnya. 

Pengunjung yang berpeluang ke sini juga harus tidak ketinggalan untuk singgah di Pekan Tebedu bagi mengenali sejarah dan keunikan yang terdapat di daerah ini yang bersempadan dengan Indonesia.

“Meskipun perjalanan jauh dari bandar, namun kami berharap agar masa yang terluang untuk datang ke sini dapat mencipta kenangan manis baharu bersama ahli keluarga,” kata Kueh.

KLB Garden dibuka setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 9. 00 pagi hingga 5. 00 petang. – TVS

Tags: tebedu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan