KUCHING, 24 OKTOBER: Misteri bau busuk di rumah pangsa Pending Heights akhirnya terjawab dengan penemuan mayat yang dipercayai mayat seorang wanita.
Polis ketika dihubungi telah mengesahkan penemuan mayat reput yang ditemukan di dalam bilik mandi sebuah rumah pangsa di kawasan tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ashmon Bajah, mayat yang identitinya masih tidak diketahui itu ditemukan sekitar jam 10 pagi selepas penduduk di situ terhidu bau busuk sejak beberapa hari lepas.
“Kes akan disiasat sebagai kes mati mengejut,” kata Ahsmon.
Terdahulu, mayat yang telah diangkat oleh pasukan bomba telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital umum sarawak untuk tindakan lanjut.
Orang ramai dan individu yang pernah membuat laporan dan ingin mengesan ahli keluarga atau rakan yang hilang boleh tampil atau menghubungi balai polis bintawa atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.