Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

FHyICU Hospital Sibu beroperasi tidak lama lagi

SIBU, 12 Okt – Hospital Sibu akan memulakan operasi Unit Rawatan Rapi Modular Hibrid di Lapangan (FHyICU) sebaik sahaja sesi ujian dan pentauliahan untuk projek ini disiapkan.

Pengarahnya Dr T. Nanthakumar berkata pembinaan unit dengan kapasiti 10 katil yang dimulakan pada 11 Ogos itu telah selesai dan diserahkan oleh kontraktor ke hospital dalam upacara ringkas pagi ini.

“Diharapkan FHyICU ini dapat meningkatkan kapasiti infrastruktur institusi kesihatan Hospital Sibu dan meningkatkan perkhidmatan rawatan kesihatan kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis penyerahan unit itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Azlee Ayub dan Pakar Perunding Pusat Jantung Sarawak dalam bidang Anestesiologi Kardiotorasik dan Perfusi Dr Hasmizy Muhammad.

Beliau berkata dengan penyiapan unit ini, hospital berkenaan menghentikan semua perkhidmatan klinik pakarnya kecuali Klinic bersalin, Dog Bite ClinicAnti-Coagulant Clinic (ACC) dan janji temu pesakit kanser.

Dr Nanthakumar berkata pesakit yang mempunyai janji temu dengan klinik pakar disaran menjadualkan semula janji temu mereka dengan menghubungi 084-343333 ext 1173 atau 6621, atau dengan menghantar pesanan WhatsApp melalui 011-13317363 / 011-20615320.

Mereka yang mempunyai pertanyaan mengenai ubat-ubatan pula disaran menghubungi 084-343333.

Hospital Sibu memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh pemberhentian perkhidmatan klinik pakar.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan