Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris dua kes kematian mengejut

Langgar lari penghantar makanan, pemandu serah diri bantu siasatan

ByBernama

IPOH, 10 Okt — Seorang pemandu kenderaan yang melanggar penghantar makanan sehingga kes itu tular di media sosial, telah menyerah diri kepada polis semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata pemandu berusia 48 tahun itu, tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh beberapa jam selepas insiden itu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Artikel berkaitan >>> Harimau Malaya tumbang lagi, ribuan komen banjiri Facebook FAM ‘lepas geram’

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pemandu kenderaan itu telah mengubah haluan secara tiba-tiba ketika berada di Jalan Ampang-Tambun, di sini kira-kira 9 pagi semalam.

“Tindakan itu telah menyebabkan penghantar makanan yang berusia 34 tahun terjatuh ketika menunggang motosikalnya di jalan tersebut, sekali gus cedera ringan di bahagian siku serta lututnya. Pemandu kenderaan terbabit telah dibebaskan selepas keterangannya selesai diambil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes akan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai dan orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan raya dengan berhati-hati semasa memandu terutamanya dengan peningkatan kenderaan di atas jalan raya.

Semalam tular di media sosial berkaitan video kemalangan langgar lari yang melibatkan seorang pemandu kenderaan dan penghantar makanan, yang mengundang pelbagai kecaman dan reaksi netizen. 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan