Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

HSN beri peluang rakyat hargai kehidupan, perpaduan – Abang Jo

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Hari Sukan Negara (HSN) dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sarawak menghargai kehidupan serta perpaduan antara kaum terutama semasa negara masih lagi dalam pandemik COVID-19.

“HSN juga diharap dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat selain sukan juga adalah wadah penghubung yang baik untuk mencapai perpaduan antara kaum,” katanya dalam ucapan sempena sambutan HSN 2021 peringkat negeri Sarawak di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abang Johari berkata menghargai kehidupan dan perpaduan antara kaum yang hanya boleh dikecapi dengan tubuh badan serta minda yang sihat.

Bagi sambutan HSN 2021 di Sarawak, pelbagai aktiviti dan program telah diadakan di semua bahagian dengan merangkumi semua jenis sukan dan kecergasan yang melibatkan pergerakan fizikal termasuk pertandingan, pertunjukan, dan rekreasi.

Selain itu, program berbentuk pengetahuan seperti bengkel atau seminar pemakanan yang sihat serta program dalam talian kini giat diadakan dengan menggunakan teknologi terkini seperti penganjuran webinar kecergasan, kejohanan sukan E-sports dan cabaran ‘TikTok’.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan