Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Radzi buat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook dakwa tak amal penjarakan fizikal

ByBernama
Kredit Facebook : Dr Radzi Jidin

KUALA LUMPUR, 6 Oktober — Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook, yang mendakwa beliau tidak mengamalkan penjarakan fizikal dalam satu sidang media baru-baru ini.

Menurut Radzi menerusi akaun Facebooknya beliau dimaklumkan mengenai satu hantaran Facebook yang tular bersama sekeping gambar yang menunjukkan seolah-olah tiada penjarakan fizikal.

Radzi memaklumkan setelah semakan dibuat, gambar yang ditularkan pemilik akaun bernama Yuseri Yusoff itu didapati palsu.

“Seingat saya, selain Ahli Parlimen Dungun, YB (Yang Berhormat) Tuan Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Exco Pendidikan Terengganu YB Ustaz Hj Satiful Bahari Mamat, tiada sesiapa berada di sebelah ketika sidang media di SM (Sekolah Menengah) Sains Dungun pada 3 Oktober 2021.

“Setelah disemak, gambar tersebut sebenarnya adalah gambar palsu. Tindakan berniat jahat pemilik akaun tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab. Laporan polis telah pun dibuat,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan