KOTA SAMARAHAN, 30 Jun: SMK Muara Tuang muncul juara keseluruhan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Samarahan 2025 yang berlangsung di Stadium UNIMAS.
Memetik laporan Suara Sarawak, kontinjen sekolah yang dibarisi 65 atlet itu berjaya meraih 42 pingat secara keseluruhan terdiri daripada 16 emas, 16 perak dan 10 gangsa.
Lebih membanggakan, enam atlet berjaya layak ke Kejohanan MSS Sarawak 2025 di Sibu manakala pasukan tersebut turut dinobatkan sebagai pasukan terbaik lelaki 14 TKB dan 15 TKB.
Kejayaan tersebut turut hasil kerja keras pengurus pasukan, Rosita Michael Sawong dan barisan jurulatih dari pelbagai acara seperti pecut, lompat jauh, lempar cakera dan rejam lembing.
SMK Muara Tuang terus membuktikan kecemerlangan dalam pembangunan bakat sukan di peringkat sekolah dan negeri.-TVS