Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Fazzrudin Abdul Rahman berhasrat mengangkat semula prestasi bola sepak Sarawak. Foto TVS

Fazzrudin sedia terajui FAS, mahu bawa bola sepak Sarawak ke akar umbi

ByTVS

KUCHING, 6 Jun: Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman menyatakan kesediaan untuk menggalas tugas sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi penggal 2025–2027, sekiranya diberi mandat pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FAS yang dijadual berlangsung pada 14 Jun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu berkata, beliau berhasrat mengangkat semula prestasi bola sepak negeri dengan pendekatan baharu yang membawa sukan itu lebih dekat kepada rakyat.

“Ia bukan untuk membentuk pasukan bola sepak semata-mata, malah ia tentang membawa bola sepak itu kepada rakyat.

“Ini akan menjadi tagline saya untuk membawa bola sepak ke akar umbi dan bagaimana kita melakukannya banyak cara telah saya fikirkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Awal Pusat Konvensyen Metrocitiy di sini, hari ini.

Menurutnya, dalam menjayakan impiannya, beliau memerlukan pasukan yang kuat dan bersemangat.

“Kita berharap akan dapat membentuk satu pasukan pengurusan FAS yang mantap yang dapat merealisasikan visi dan misi saya tentang bola sepak Sarawak yang sepatutnya,” katanya

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan