Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Fazzrudin Abdul Rahman menyempurnakan Majlis Pelancaran Awal Pusat Konvensyen Metrocitiy di Kuching, hari ini. Foto TVS

Sektor swasta berperanan memacu perkembangan ekonomi setempat

KUCHING, 6 Jun: Sektor swasta memainkan peranan yang penting dalam memacu perkembangan ekonomi setempat khususnya bagi manfaat masyarakat di negeri Sarawak.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata Pusat Konvensyen Metrocity (MCCC) akan menjadi pemangkin kepada perkara tersebut, selain menjadi medan perkembangan ekonomi yang baharu bagi masyarakat di sekitarnya.

Katanya lagi, Sustainable Management Sdn Bhd berjaya membangunkan sebuah kawasan yang bakal menjadi tumpuan kepada penganjuran aktiviti-aktiviti besar dan bertaraf antarabangsa kelak.

“Seperti yang saya katakan tadi, pemandunya adalah sektor swasta yakni mereka perlu kreatif dalam mencipta platform serta peluang baharu.

“Bayangkan sebelum ini, tanah ini merupakan satu tempat yang luas sahaja tanpa mendatangkan apa-apa manfaat kepada masyarakat,” ujarnya semasa berucap merasmikan Majlis Pelancaran Awal Pusat Konvensyen Metrocitiy di sini, hari ini.

Menurutnya, dengan idea yang kreatif oleh Sustainable Management Sdn Bhd, tanah yang luas kini menjadi ruang dan peluang kepada peniaga-peniaga perabot untuk memamerkan perabot-perabot.

Tambahnya, kerjasama yang erat antara semua pihak khususnya masyarakat dan sektor swasta akan dapat membawa banyak manfaat dalam usaha untuk terus meningkatkan ekonomi di Sarawak.

MCC mampu menampung antara kira-kira 6,000 hingga 8,000 pelawat pada satu-satu masa, dan sesuai untuk penganjuran pelbagai aktiviti daripada majlis perkahwinan program pelancaran produk, pameran, ekspo dan forum.

Pemilihan MCC amat tepat kerana berada di kawasan yang strategik di tengah-tengah komuniti yang harmoni, selain lokasi yang mudah diakses serta sesuai untuk pertumbuhan perniagaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan