Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rohaizad menunjukkan rampasan rokok elektronik dan cecair vape yang dirampas pihaknya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Kastam Pulau Pinang di Bagan Jermal di Butterworth hari ini. Foto, Syalmizi Hamid (TVS).

Kastam rampas rokok elektronik, cecair vape bernilai RM5.1 juta

ByTVS

BUTTERWORTH, 5 Jun: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair vape bernilai RM5.1 juta termasuk cukai menerusi dua serbuan berasingan pada April lalu.

Pengarah JKDM Pulau Pinang, Rohaizad Ali berkata, operasi membabitkan pemeriksaan ke atas masing-masing sebuah kontena di Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT) pada 3 April dan di Pelabuhan Klang, Selangor pada 10 April.

Katanya, operasi pukul 1.15 petang di Pulau Pinang membawa kepada penahanan dua lelaki berusia 30-an dan seorang lelaki berusia 40-an dalam operasi di Selangor.

“Serbuan di Pulau Pinang, kita menemui 14,200 unit rokok elektronik dan 210 liter cecair rokok elektronik bernilai RM1.5 juta termasuk cukai yang dibawa bersama barang plastik.

“Manakala, serbuan di Selangor, 71,886 unit rokok elektronik dan 786.5 liter cecair vape bernilai RM3.6 juta yang dibawa bersama barangan seperti tali pinggang dan dompet telah disita,” katanya di sini hari ini.

Katanya, siasatan mendapati produk berkenaan dipercayai dibawa masuk dari China dengan membuat ikrar yang tidak betul.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan